Food Handler Programme/ Kursus Pengendalian Makanan

pengendalian makanan
Seperti yang termaktub di dalam Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semua pengendali makanan adalah wajib untuk menghadiri Kursus Pengendalian Makalan.

Siapakah Pengendali Makanan?
Sesiapa yang:
  • Terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan
  • Menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan
  • Mengendalikan makanan berbungkus atau tidak berbungkus (termasuk pemandu lori dan forklift) 

Maka mana-mana pengendali makanan yang bekerja di sektor-sektor berikut adalah diwajibkan untuk menghadiri Kursus Pengendalian Makanan:
  • Kilang Makanan atau Gudang Penyimpanan Makanan
  • Premis Makanan (Kantin Sekolah/ Pejabat/ Kilang, Kiosk, Gerai, Restoran, Katering dan Pasar Malam)
  • Hotel, Motel & Resort
  • Pusat Jagaan/ Asuhan/ Bimbingan Kanak-Kanak
  • Kedai Kek & Bakeri
  • Penyedia Makanan untuk Sektor Minyak & Gas di Luar dan Pesisir Pantai
  • Pasaraya dan Hipermarket
  • Lain-Lain Industri yang Berkaitan 
Pengendali Makanan boleh dikenakan denda sehingga tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara maksimum dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali, atau dikenakan tindakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan jika didapati tidak menghadiri kursus ini.

Kandungan Program:
Program ini merangkumi topik-topik berikut:
  • Akta Makanan 1983
  • Peraturan Kebersihan Makanan 2009
  • Tanggungjawab Pekerja dan Majikan
  • Kebaikan Mengamalkan Kebersihan
  • Pemakanan yang Sihat
  • Kebersihan & Keselamatan Makanan
  • Kualiti Makanan dan Pencemaran Makanan
  • Agen Pencemaran; Penyakit Bawaan Makanan
  • Pencemaran Makanan dan Cara Mengelakkannya
  • Pencucian & Sanitasi
  • Kawalan Sisa Buangan dan Kawalan Makhluk Perosak
  • Kebersihan Premis, Pekerja dan Etika Kerja

Objektif Kursus:

  • Mengetahui cara-cara mencuci tangan dengan betul.
  • Mengurangkan kes-kes kejadian keracunan makanan dengan mengamalkan proses pengendalian makanan yang betul dan selamat.
  • Meningkatkan kesedaran kepada pengendali makanan supaya mengamalkan proses pengendalian makanan yang betul and selamat.

 



 



Contact Us

Northernville Consulting Sdn Bhd
Reg. No. 201101034255 (962390-V)


8-1, Jalan Putra Mahkota 7/8A,
Pusat Bandar Putra Point, Putra Heights
47650 Subang Jaya,
Selangor.

T: 016-238 9686 / 03-5191 2688 
    (Ms. Regina) 
F: 03-5191 2688 
E: regina@northernville.com.my
    northernville@gmail.com